Melecur bahagian tangan, suami isteri sehelai sepinggang rumah terbakar

Facebook
WhatsApp

MIRI: Pemilik sebuah rumah  melecur di bahagian tangannya ketika cuba memadam kebakaran rumahnya di Kampung Melayu Beluru, Bakong di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata,
pemilik rumah berkenaan, Sahari Sahat, 54, yang cedera dihantar penduduk kampung ke klinik berdekatan.

Terdahulu, bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.20 malam berhubung kebakaran itu.

Sepasukan  anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 61 kilometer dari balai.

“Kebakaran berjaya dipadamkan oleh penduduk kampung sebelum pasukan bomba tiba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kejadian itu mengakibatkan rumah yang didiami Sahari bersama isterinya musnah 100 peratus.

Oleh Liong Chai Ling

Antara Peniruan Kenyataan dan Karya Seni

‘‘Kualiti penulisan seseorang secara tidak langsung akan berhubungan dengan tahap pemahamannya mengenai sikap manusia.’’ – Bong Joon Ho, pengarah filem