Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Melbourne wajibkan pemakaian penutup hidung, mulut
  • GLOBAL

Melbourne wajibkan pemakaian penutup hidung, mulut

Utusan Sarawak 5 years ago

People wearing protective face masks practice social distancing while waiting to enter an Apple store on the first day of New South Wales' further eased coronavirus disease (COVID-19) restrictions in Sydney, Australia, July 1, 2020. REUTERS/Loren Elliott

BANDANA dan selendang juga diterima sebagai penutup hidung, mulut sehingga negara itu dapat meningkatkan pembekalan. • Foto AFP

MELBOURNE: Di sebalik kebanyakan orang ramai kini mula memandang remeh terhadap pemakaian penutup hidung, mulut, pihak berkuasa Melbourne, Australia pula hari ini memaklumkan akan mewajibkan pemakaian peralatan itu di khalayak ramai dalam usaha mengawal penularan Covid-19.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata lebih lima juta orang di bandar kedua terbesar Australia itu dan kawasan kejiranan diwajibkan mengikut arahan tersebut bermula tengah malam Rabu.

Katanya, orang awam perlu pemakai penutup hidung, mulut sebaik sahaja keluar dari rumah masing-masing.

Tambah beliau, bandana dan selendang juga diterima sebagai penutup muka sehingga negara itu dapat meningkatkan pembekalan pelitup muka.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi arahan baharu itu akan berdepan denda sekurang-kurangnya AS$140 (RM597).

Setakat ini,  bandar Victoria, Melbourne  merekodkan hampir 3,000 kes aktif Covid-19 selepas 363 lagi kes dikesan pada Ahad meskipun perintah berkurung dilaksanakan.-AFP

Continue Reading

Previous: 23 mayat ‘DISEMADI’ dalam kubur besar
Next: 189 maut dibadai banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.