Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Mekanisme, tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dimaklum dalam masa terdekat
  • NASIONAL

Mekanisme, tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi diesel dimaklum dalam masa terdekat

Utusan Sarawak 12 months ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa melawat Pameran Era Pasca-Normal MADANI di Berjaya Times Square hari ini. Pameran bermula hari ini hingga 10 Nov menampilkan karya enam artis tempatan yang mengetengahkan ciri tonggak utama konsep MADANI iaitu Kemampanan, Ihsan, Hormat, Daya Cipta, Kesejahteraan dan Keyakinan. Antara artis terlibat ialah pengukir Liu Cheng Hua yang menampilkan karya ‘Golden Shafts’, sejenis peralatan perlombongan emas diperbuat daripada sumber buluh tempatan yang diguna meluas di Raub, Pahang pada 2014. Turut dipamer ialah hasil seni lukisan bertajuk Human Needs Human, Panorama dan Aku Bukan Pendatang dari Stephen Menon, seorang pelukis dan pembuat cetakan yang terkenal dengan teknik inovatif dan karya yang merangsang pemikiran. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Mekanisme dan tarikh pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api diesel akan dimaklumkan pada masa terdekat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata perkara itu akan dijelaskan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kerana beliau sudah pun memberikan gambaran mengenainya dan kini hanya perlu tindakan susulan.

“Ada orang tanya mengapa? Bukan semua Perdana Menteri yang lakukan. Saya beri gambaran dan kerangka besar, kemudian akan ada tindakan susulan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Pameran Era Pasca Normal MADANI di sini, hari ini.

Dalam Perutusan Negara yang disampaikan Selasa lepas, Anwar berkata Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel, sekali gus memberi penjimatan sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan.

Bagaimanapun, penyasaran itu tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak.

Sementara itu ketika ditanya mengenai calon jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata calonnya sudahpun dikenal pasti.

“Sudah… kita sudah ikut prosesnya dan ia harus dapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya sambil menambah proses pemilihan calon itu tidak memerlukan kerajaan berunding dengan Timbalan Pengerusi SPR sedia ada.

Jawatan pengerusi suruhanjaya itu kosong sejak persaraan Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 9 Mei lepas.

Menyentuh mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu bagi menggantikan Senator Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lepas, Anwar berkata perkara itu akan dibincangkan esok ketika berada di Sarawak.

“Pada peringkat awal kita akan bincang dengan kepimpinan parti, kemudian bersama pimpinan (kerajaan negeri Sarawak) kerana perkhidmatan dua Yang Dipertua (sebelum ini) tamat sebelum tempoh. Jadi saya akan bincang perkara ini esok di Sarawak,” katanya.

Sementara itu menjawab isu Latihan Ijazah Lanjutan Kepakaran atau ‘parallel pathway’ yang kian berlarutan, Anwar berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.   – Bernama 

Continue Reading

Previous: Jemaah haji diingatkan sentiasa pakai gelang, kad pengenalan diri TH
Next: Arwah Abnil Hajar, Jemaah pertama meninggal di Makkah rajin solat di masjid

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.