Mekanisme pulihkan sektor pelancongan diperhalusi

Facebook
WhatsApp
SIMUNJAN, 20 Jun -- Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong (kiri) hari ini meninjau pelaksanaan projek menaik taraf Pejabat Daerah Simunjan ketika melakukan lawatan pertama ke kawasan Parlimen beliau sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu. -- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA
TINJAU…Datuk Seri Nancy Shukri meninjau pelaksanaan projek menaik taraf Pejabat Daerah Simunjan ketika melakukan lawatan pertama ke kawasan Parlimen beliau sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu. • Foto BERNAMA

SIMUNJAN: Bank Negara Malaysia (BNM) kini sedang memperincikan senarai institusi kewangan yang akan mengambil bahagian dalam memberi pembiayaan berjumlah RM1 bilion di bawah Skim Pembiayaan Pelancongan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (Motac), Datuk Seri Nancy Shukri semalam berkata perincian ini akan diumumkan oleh BNM Julai ini yang akan turut menetapkan pengusaha-pengusaha pelancongan kategori kecil dan sederhana yang layak untuk mendapat bantuan pembiayaan itu.

“Kerajaan telah mengumumkan RM1 bilion untuk ditawarkan bagi membiayai inisiatif transformasi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke beberapa projek kerajaan yang dilaksanakan di kawasan Parlimen Batang Sadong di sini.

Lawatan itu merupakan yang pertama dilakukan beliau sebagai Ahli Parlimen Batang Sadong sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lepas. 

Menurutnya, pembiayaan itu adalah langkah bagi memastikan PKS dapat terus beroperasi dan berdaya saing dalam era kebiasaan baharu.

Nancy berkata kementeriannya sedang dalam proses untuk merangka pelan pemulihan pelancongan dan kebudayaan pasca-PKP bermula dengan pengaktifan semula aktiviti pelancongan domestik.

Katanya, menerusi Tourism Malaysia, inisiatif-inisiatif pelancongan domestik akan diperkukuhkan lagi di bawah kempen Cuti-Cuti Malaysia, meningkatkan lagi gerakan perhubungan awam dan promosi menerusi media sosial serta kerjasama dengan badan-badan korporat.

“Kita akan menambahbaikkan lagi kualiti produk-produk dan perkhidmatan pelancongan dengan menerapkan kebiasaan baharu untuk meningkatkan keyakinan dalam kalangan pelancong untuk melancong, tinggal lebih lama dan berbelanja,” katanya.

Berhubung pasaran pelancongan antarabangsa, kementeriannya bercadang untuk menggalakkan ketibaan pelancong dari pasaran jarak dekat khususnya dalam kalangan negara ASEAN.

“Bagaimanapun, pelaksanaannya nanti akan bergantung kepada hasil perbincangan dua hala dengan negara-negara terlibat dengan pertimbangan utama diberikan terlebih dahulu kepada aspek-aspek kesihatan, imigresen, pengesanan data dan pengawasan berterusan,” katanya.- Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat dalam sentimen berhati-hati menjelang petunjuk daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh minat belian selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini, walaupun

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat dalam sentimen berhati-hati menjelang petunjuk daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika

Gempa bumi lemah landa Temenggor, Perak

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dikesan berlaku di Temenggor, Gerik, Perak, tengah malam tadi. Jabatan Meteorologi