Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MEESty adakan perbincangan pulih Pelan Sungai
  • WILAYAH

MEESty adakan perbincangan pulih Pelan Sungai

Utusan Sarawak 2 years ago

TAKLIMAT... Dr. Hazland Abang Hipni mendengar taklimat mengenai status terkini Sungai Plan, Bintulu yang disampaikan oleh Pegawai Kanan Kawalan Alam Sekitar Sianawati Marto baru-baru ini.

BINTULU: Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MEESty) Sarawak mengadakan perbincangan mengenai program berpotensi untuk memulihkan Pelan Sungai (Sungai Plan) dengan salah seorang pemain industri utama di Kidurong. 

MEESty dalam kenyataan berkata, Timbalan Menteri MEESty Dr. Hazland Abang Hipni turut mengadakan pertemuan dengan beberapa pemain industri di Kawasan Perindustrian Tanjung Kidurong.

Katanya, sebelum pertemuan tersebut, beliau turut mengambil maklum tentang cabaran yang dihadapi oleh pemain industri di situ. 

“Perbincangan tersebut berlangsung pada lawatan Timbalan Menteri MEESty, Dr. Hazland Abang Hipni selepas mengadakan mesyuarat penyelarasan di Bintulu baru-baru ini.

“Mesyuarat tersebut disertai oleh agensi di bawah MEESty, iaitu Sarawak Energy Berhad (SEB), Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB),” katanya. 

Pegawai Kawalan Alam Sekitar Kanan (Ketua NREB Bintulu), Puan Sinanawati Marto dan Ketua Jabatan Alam Sekitar (JAS) Bintulu Abdul Mazli Hafiz Abdul Malik antara yang turut hadir dalam perbincangan tersebut. 

Continue Reading

Previous: Hilang empat jam, kakitangan JTS ditemui selamat   
Next: SKMM diminta baiki khidmat internet, telekomunikasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.