Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC siasat Kwong Yit Poh siar gambar bendera tidak lengkap
  • NASIONAL

MCMC siasat Kwong Yit Poh siar gambar bendera tidak lengkap

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil akhbar Kwong Wah Yit Poh susulan penyiaran gambar Jalur Gemilang yang tidak lengkap di akaun Facebook rasminya, hari ini.

MCMC dalam kenyataan malam ini memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) kerana kandungan terbabit dimuat naik secara dalam talian.

“Suruhanjaya memandang serius perkara ini dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan lanjut, sekiranya perlu,” katanya.

MCMC turut memberi amaran tegas kepada semua pihak termasuk media dan orang awam supaya tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan yang boleh dianggap mempersenda atau memaparkan Jalur Gemilang dalam keadaan tidak lengkap.

“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan ini. MCMC komited memastikan penggunaan media digital kekal tertib serta menghormati simbol-simbol kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan Kwong Wah Yit Poh menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap selepas Sin Chew Daily turut didakwa melakukan perkara sama sempena liputan lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia.

– Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Sin Chew Daily disiasat, serah surat tunjuk sebab kerana siar jalur gemilang tidak lengkap
Next: PM sifat Paus Francis sebagai pejuang keadilan dalam dunia serba mencabar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.