MCA sebahagian daripada komponen BN

Facebook
WhatsApp
DATUK SERI DR WEE KA SIONG

SEPANG: MCA adalah sebahagian daripada komponen Barisan Nasional (BN), kata Presiden Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Dalam konteks BN ia mengandungi UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)… itu sahaja.

“Jadi, kita sebahagian daripada kerajaan memerintah iaitu Perikatan Nasional,” katanya ketika ditanya adakah MCA salah sebuah parti yang terlibat dalam permohonan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN).

Wee yang juga Menteri Pengangkutan ditemui pemberita selepas merasmikan platform e-dagang pelancongan runcit pertama Malaysia iaitu shopMYairports oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), di sini semalam.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO  Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 27 Ogos lepas dilaporkan berkata  parti-parti di bawah BN tidak menyertai PN sebagai komponen perikatan itu, sebaliknya  sokongan BN kepada PN hanya melibatkan sokongan ahli-ahli parlimen dan ahli-ahli dewan undangan negeri. – Bernama