LONDON: Bintang Paris St Germain (PSG) Kylian Mbappe memberitahu kelab itu bahawa beliau tidak akan menyambung kontrak selama setahun selepas 2024 menurut laporan.
Situasi itu memungkinkan pemain berusia 24 tahun berkenaan boleh dijual pada musim panas ini atau boleh meninggalkan kelab secara percuma pada penghujung musim depan, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
Penyerang berusia 24 tahun itu yang ditandatangani dari Monaco dengan harga £160 juta (AS$200 juta) pada 2018, yuran perpindahan mencatat rekod dunia untuk seorang remaja ketika ini terus dikaitkan dengan Real Madrid.
Menurut laporan keputusan Mbappe pemenang Piala Dunia bersama Perancis mengakibatkan hierarki PSG terkejut dengan tindakan pemain itu yang dinyatakan dalam surat rasmi selain kehilangan Lionel Messi yang mengumumkan perpindahannya ke kelab Major League Soccer Inter Miami.
Laporan di Perancis mencadangkan PSG berharap untuk melanjutkan kontrak Mbappe.
Bagaimanapun, Real Madrid kini boleh memperkuatkan barisan hadapan selepas perpindahan veteran Karim Benzema ke Al-Ittihad di Arab Saudi. – Bernama-dpa