Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Mbappe bantu Real ikat Atletico
  • SUKAN

Mbappe bantu Real ikat Atletico

Utusan Sarawak 3 months ago

Pemain Atletico Madrid, Julian Alvarez (kiri) menyempurnakan sepakan penalti ala Panenka ketika aksi La Liga menentang Real Madrid di Santiago Bernabeu, Madrid. - Foto AFP

MADRID: Kylian Mbappe memastikan Real Madrid seri 1-1 bertemu Atletico Madrid untuk Los Blancos kekal di puncak La Liga.

Julian Alvarez menyempurnakan penalti ala Panenka di babak pertama untuk Atletico mendahului, tetapi Mbappe menyamakan kedudukan di awal babak kedua pada penampilan sulungnya dalam aksi tetangga Madrid itu.

Juara bertahan, Real mendahului liga dengan kelebihan satu mata ke atas Atletico, manakala Barcelona di tangga ketiga dan mampu merapatkan jurang apabila bertemu Sevilla malam ini.

Atletico menguasai babak pertama tetapi terpaksa bertahan selepas rehat apabila tuan rumah menggandakan asakan dalam aksi di Santiago Bernabeu.

“Pasukan kecewa kerana mereka rasakan yang mereka sepatutnya mendapat lebih lagi… tetapi kami gembira kerana masih mendahului.

“Di babak kedua kami menguasai sepenuhnya, kami mempunyai banyak peluang,” kata pengendali Real, Carlo Ancelotti.

Sementara itu pengendali Atletico, Diego Simeone berkata: “Kami mengharungi babak pertama dengan baik, tetapi kurang tenang di hadapan gol untuk menjaringkan lebih banyak. Akhirnya kami seri dan kedua-dua pasukan merasakan yang mereka berhak mendapat lebih daripadanya.”

Real berdepan cabaran lebih besar pada Selasa apabila bertandang ke Stadium Etihad bertemu Manchester City kendalian Pep Guardiola untuk aksi pertama play-off Liga Juara-Juara Eropah. – AFP

Continue Reading

Previous: Jalinan persahabatan tidak goyah setelah KDJA tewaskan UKAS United 10 – 5
Next: Kelab tercorot ‘tendang keluar’ Liverpool

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.