Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat wanita, cucu lelaki ditemui di rumah kebun
  • KEMALANGAN

Mayat wanita, cucu lelaki ditemui di rumah kebun

Utusan Sarawak 1 day ago
KETUA Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili

SIBU: Mayat seorang wanita dan seorang cucu lelakinya ditemukan di rumah kebun tidak bernombor berhampiran Rumah Birai, Jalan Salim Belalang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada jam lebih kurang 8.56 malam tadi.

“Hasil siasatan pihak polis telah menemui dua mayat, iaitu satu mayat wanita berusia 46 tahun, sudah reput ditemukan di tepi jalan berbatu pada jarak 50 meter dari rumah.

“Dan satu mayat bayi lelaki berusia dua bulan iaitu cucunya ditemukan di dalam buaian di rumah tempat kejadian,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Katanya, setakat ini, siasatan pihak polis menjurus kepada laporan kematian mengejut dan siasatan diteruskan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini tampil memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Ahmad Hakimi Abd Azid di talian 011-31873715.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Penunggang motosikal maut rempuh lori
Next: Nelayan cedera akibat tersepit kabel takal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.