Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mayat remaja berusia 14 tahun telah dijumpai
  • TEMPATAN

Mayat remaja berusia 14 tahun telah dijumpai

Utusan Sarawak 5 years ago
MAYAT remaja yang dikenali Vensen Kelly Albis,14, telah dijumpai sekitar 3.04 petang semalam pada jarak 100 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

SIMANGGANG: Mayat remaja yang dikhuatiri lemas di kolam tasik buatan tadahan air, Jabatan Pengairan dan Saliran (DID), Stumbin, di sini, Selasa lalu, berjaya ditemui petang semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman, PPgB William Baheng berkata, mayat remaja yang dikenali; Vensen Kelly Albis,14, telah dijumpai sekitar 3.04 petang pada jarak 100 meter dari Pusat Kawalan Bomba (PKB).

“Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua semalam, Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Bomba menggunakan teknik pencarian secara ‘Cycle’ di kolam terbabit.

“Hasil selaman kali keenam, mangsa telah berjaya dijumpai pasukan PPDA pada jarak 100 meter dari PKB,” katanya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Dalam kejadian petang Selasa lalu, Vensen Kelly ak Albis, 14, merupakan pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemuyang, Sibu, lemas di kolam tasik buatan tadahan air, DID Stumbin, ketika mandi bersama dua lagi rakannya di kolam terbabit sekitar 1.00 petang.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Perkhidmatan agensi kerajaan di UTC dipersoal
Next: Jemaah tunaikan solat patuhi SOP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.