Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat mangsa lemas ditemui selepas dua hari operasi SAR
  • KEMALANGAN

Mayat mangsa lemas ditemui selepas dua hari operasi SAR

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PASUKAN BBP Tanjung Manis membawa mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis.
Foto PGO Bomba Sarawak

TANJUNG MANIS: Mangsa dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke sungai pada awal pagi semalam telah ditemui meninggal dunia oleh orang awam di hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa ditemui oleh orang awam berhampiran Kilang WTK pada 7.50 pagi tadi dan dimaklumkan kepada petugas Kawalan Tanjung Manis.

“Mangsa dikenal pasti sebagai Tan San Belati, 40, berasal dari Rumah Lambai, Sungai Mapai, Kanowit.

“Respons dengan penemuan mayat mangsa, komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Salahudin Mohd Dawood dan empat orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis bergegas ke lokasi.

“Pada 8.20 pagi, mayat mangsa dijumpai kira-kira tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB),” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis pada 8.50 pagi dan operasi SAR ditamatkan.

Terdahulu, menurut saksi kejadian, mangsa kali terakhir dilihat memakai seluar jeans pendek dan baju biru berkolar, dipercayai sedang menuju ke kapal pukat tunda untuk berehat selepas berbual dengan rakan sekerja.

Ketika menuruni jeti, mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Usaha pencarian awal oleh rakan sekerja tidak membuahkan hasil dan seterusnya dimaklumkan kepada pengawal keselamatan yang seterusnya membuat laporan polis.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir di Jeti LKIM Tanjung Manis
Next: Mesin dandang stim meletup empat pekerja melecur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.