Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mayat mangsa lemas ditemui
  • TEMPATAN

Mayat mangsa lemas ditemui

Utusan Sarawak 5 years ago
TIMBUL… Anggota SAR yang terlibat kelihatan cuba menemui mayat Mohd Amirul yang terapung di permukaan air.

MATU: Mayat mangsa lemas ketika memancing di Sungai Kuala Matu dekat sini ditemui petang Rabu semalam.

Jasad Mohd. Amirul Dedy Sudanto dijumpai pada jam 4.30 petang timbul dipermukaan air di laut Kuala Matu atau kira-kira 3.5 kilometer daripada tempat kejadian.

Menurut sumber di tempat kejadian, Hazri Halpi, keadaan mangsa masih lengkap berpakaian baju biru tua dan seluar hitam panjang seperti yang dilaporkan.

Antara agensi yang terlibat dan berpusat di Jeti Kampung Hilir Kuala Matu dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) ialah Bomba, PDRM, APM, RELA, Persatuan Bomba Sukarela Matu dan JKKK Kampung Kuala Matu

Berikutan penemuan tersebut, pasukan mencari dan menyelamat yang melakukan SAR selama tiga hari akhirnya menamatkan operasi pada jam 5.00 petang itu.

Mayat budak lelaki berusia 11 tahun yang merupakan anak ke-2 daripada 3 beradik itu terus dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut.

Adalah dikatakan mangsa sedang memancing bersama rakannya di atas sebuah bot di tebingan sungai Kuala Matu pada kejadian  kira-kira jam 4.30 petang  20 Julai itu.


Dan rakannya hanya sempat menoleh dan melihat Amirul yang sudah terkapai-kapai di dalam air dan cuba menyelamat dengan menghulurkan kayu, namun gagal akibat arus deras.

Justeru, rakan Amirul memberitahu orang kampung berdekatan yang bergegas untuk membantu, namun kelibat mangsa tidak kelihatan lagi, dan menjurus kepada penglibatan pelbagai agensi dalam operasi SAR selama 3 hari yang lalu.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: WhatsApp hotline akan diwujudkan
Next: Dibuka kepada orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.