Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Terminal Penumpang Sibu
  • WILAYAH

Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Terminal Penumpang Sibu

Utusan Sarawak 2 years ago

Mayat telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

SIBU: Seorang lelaki ditemukan terlantar dalam keadaan tidak sedarkan diri di kaki lima berhadapan Terminal Penumpang Sibu, Jalan Khoo Peng Long, semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam sekitar 10.44 pagi, memaklumkan telah menjumpai mayat seorang lelaki di terminal tersebut.

“Susulan laporan diterima, sepasukan anggota telah dihantar ke lokasi untuk menjalankan siasatan namun pengecaman tidak dapat dibuat atas sebab tiada pengenalan diri pada tubuh dan pakaian mangsa,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Zulkipli menjelaskan siasatan di lokasi kejadian oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu mayat lelaki tidak berbaju itu dalam lingkungan usia 50 ke 60 tahun.

“Hasil siasatan awal, setakat ini, mendapati tiada unsur-unsur perlakuan jenayah terhadap si mati,” katanya.

Mayat telah dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: 60 anak yatim dirai anjuran KEMAS Sibu
Next: Wahab menyumbang kepada masyarakat kampung sempena Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.