Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat lelaki ditemui di tepi sungai disahkan individu dilaporkan hilang
  • KEMALANGAN

Mayat lelaki ditemui di tepi sungai disahkan individu dilaporkan hilang

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITEMUKAN…Dikenal pasti sebagai orang yang dilaporkan sebagai orang hilang pada 15 April lalu oleh majikan mangsa. Foto PDRM Sibu

SIBU: Mayat seorang lelaki yang ditemui di tepi sungai berhampiran pengkalan kapal di Jalan Lanang pada pagi 18 April lalu telah dikenal pasti sebagai individu yang dilaporkan hilang oleh majikannya pada 15 April.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat tersebut kira-kira 7.00 pagi.

“Hasil siasatan mendapati mayat itu merupakan individu yang dilaporkan hilang pada 15 April oleh majikannya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Belia, berkata setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak berkuasa.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, tegasnya, diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Minggu Morziri di talian 084-344111 atau 014-2913703.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua maut, dua cedera parah dalam nahas di lampu isyarat Paragon
Next: Pemandu maut, lima lagi cedera 4WD terjunam dalam gaung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.