Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan di tandas  
  • KEMALANGAN

Mayat hampir reput tanpa identiti ditemukan di tandas  

Utusan Sarawak 2 years ago

Polis membawa jenazah ke hospital umum Sarawak untuk pengesahan.

KUCHING: Niat seorang lelaki hendak menggunakan tandas berakhir ngeri apabila menemui mayat tanpa identiti di sebuah tandas di Kuching Sentral Batu 6, sebentar tadi.

Menurut saksi, seorang lelaki tempatan yang juga orang awam mengadu terhidu bau busuk dan terdorong membuka pintu tandas berkenaan sehingga menemukan mayat hampir reput tanpa identiti  di tandas itu.

Pihak polis yang tiba di lokasi mendapati mayat berkenaan merupakan seorang lelaki dan dipercayai telah meninggal dunia selama beberapa hari namun tiada sebarang pengenalan diri ditemui.

Mayat dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

Menurut pemberita Utusan Sarawak yang berada di lapangan, setakat ini, masih belum ada maklum balas daripada Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah mengenai insiden ini.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Kelindan lori maut, dua lagi cedera dalam kemalangan lori di Selangau
Next: Remaja maut dihempap besi pagar 2 tan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.