Mayat bayi lelaki berhampiran surau

Facebook
WhatsApp
MAYAT seorang bayi lelaki dijumpai di sebuah surau di Taman
Sri Wangi.

CONNIE CHIENG

KUCHING: Mayat seorang bayi lelaki dijumpai pada jam 9.35 malam, Ahad lalu berhampiran dengan sebuah surau di Taman Sri Wangi.
Polis menerima panggilan daripada seorang kakitangan surau yang ternampak sebuah kotak yang mengandungi mayat tersebut diletakkan luar pagar surau pada jam 11.15 pagi.

Kakitangan tersebut tidak melihat apa di dalam kotak tersebut kerana dia fikir ada pemiliknya akan datang untuk mengutipnya.

Apabila kakitangan tersebut dan kawannya kembali ke surau untuk sembahyang kemudian, mereka terhidu bau yang datang dari kotak tersebut.

Mereka kemudian membuka kotak tersebut dan mendapati mayat dibungkus dengan tuala.

Mayat kemudian dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut.

Polis mengkategorikan kes ini di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan dengan kes tersebut supaya menghubungi pihak polis di talian 082-221134 atau 082-244444.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang