Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MAVCOM arah MYAirline henti jualan, bayar balik pengguna terjejas
  • BISNES

MAVCOM arah MYAirline henti jualan, bayar balik pengguna terjejas

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengarahkan MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) untuk menghentikan segera sebarang jualan dan tempahan tiket di semua platform tempahan sehingga notis selanjutnya, berikutan penggantungan operasi mengejut oleh syarikat penerbangan itu. 

Dalam kenyataannya, suruhanjaya itu juga menegaskan bahawa MYAirline bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada pengguna yang telah membeli tiket penerbangan. 

“MAVCOM sedang berhubung rapat dengan MYAirline bagi menangani isu ini dan menjalankan siasatan ke atas syarikat penerbangan tersebut berdasarkan pelaksanaan semakan dalaman serta aduan diterima antara lainnya berkenaan pembayaran statutori yang tidak dijelaskan kepada para pekerja.

“MAVCOM juga telah mengarahkan MYAirline untuk segera membantu pengguna terjejas termasuk memaklumkan mengenai penggantungan operasi tersebut dan menerbitkan pengumuman tersebut menerusi saluran komunikasi yang tersedia,” katanya.

Kenyataan MAVCOM adalah sebagai mengulas tindakan MYAirline pagi tadi yang memaklumkan mengenai penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak berikutan tekanan kewangan yang ketara.

Selain itu, MAVCOM berkata, pihaknya akan memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai operasi MYAirline dalam masa terdekat.

Suruhanjaya terbabit juga bertindak menyediakan talian dan saluran khusus untuk membantu para pengguna yang terjejas akibat penggantungan operasi tersebut.

Pengguna terjejas yang telah membeli tiket penerbangan MYAirline hari ini dan selanjutnya diminta menghubungi saluran aduan khas customercare@myairline.my bagi sebarang pertanyaan dan bantuan. 

Mereka juga boleh menghubungi saluran aduan khusus MAVCOM termasuk hotline pengguna +1800-18-6966 (dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (luar negara), e-mel: consumer@mavcom.my serta menerusi borang aduan applikasi FlySmart iaitu https://flysmart.my/buat-aduan/, kata suruhanjaya itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: MYAirline gantung operasi berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak
Next: Goldman Sachs lawan Malaysia: Kerajaan akan beri respons ikut rangka undang-undang ditetapkan – Johari Ghani

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.