Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Maulidur Rasul peringkat Bahagian Sri Aman Jumaat, Sabtu ini selit tiga program
  • Selatan
  • Utara
  • WILAYAH

Maulidur Rasul peringkat Bahagian Sri Aman Jumaat, Sabtu ini selit tiga program

Utusan Sarawak 8 months ago
DI SINI… Muslimin dan muslimah dijemput hadir pada Program Ceramah Perdana dan Zikir Marhaban sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Sri Aman 1446H/2024M di Masjid Bandar Sri Aman, Jumaat ini.

SRI AMAN: Terdapat tiga program bakal berlangsung di dua lokasi berbeza dalam Bandar Simanggang sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Sri Aman 1446H/2024M pada Jumaat dan Sabtu ini.

Menurut jurucakap Jawatankuasa Perayaan Islam Bahagian Sri Aman menerusi siaran medianya, tiga program berkenaan ialah Ceramah Perdana, Zikir Marhaban dan Pertandingan Perarakan dan Sepanduk.

Katanya, Ceramah Perdana akan diadakan di Masjid Bandar Sri Aman pada Jumaat ini.

Ceramah Perdana itu katanya akan diselitkan dengan sesi bacaan Surah Yasin bermula 6.00 petang selepas solat Maghrib.

Bagi program kedua iaitu Zikir Marhaban juga di Masjid Bandar Sri Aman pada hari sama selepas solat Isyak.

Menurut jurucakap pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Perayaan Islam Bahagian Sri Aman, seramai 300 jemaah muslimin dan muslimat dari kawasan ini dijangka menghadiri kedua-dua program berkenaan.

Program ketiga pula ialah pertandingan perarakan dan sepanduk.

Jelasnya, pertandingan perarakan dan sepanduk pada Sabtu ini diadakan di Padang Lama KPSU Sri Aman (seberang Dewan Suarah) mulai 6.30 petang.

“Jawatankuasa Perayaan Islam Bahagian Sri Aman menyasarkan kehadiran seramai 1,000 peserta termasuk penonton ketika berlangsungnya pertandingan ini nanti.

“Justeru, para muslimin dan muslimat adalah dijemput untuk hadir menjayakan pelaksanaan ketiga-tiga program berkenaan nanti demi memuliakan lagi sambutan Maulidur Rasul peringkat Bahagian Sri Aman 1446H/2024M,” katanya.

Hadir bagi merasmikan ketiga-tiga program berkenaan adalah pemangku Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang awam kehilangan saudara mara, sila buat pengecaman mayat terapung tanpa identiti
Next: Pejabat Persatuan Kedayan Limbang bernilai RM25 juta dijangka siap penghujung 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.