Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Masters Malaysia 2025: Kenaikan hadiah kemenangan bakar semangat Aaron-Wooi Yik
  • SUKAN

Masters Malaysia 2025: Kenaikan hadiah kemenangan bakar semangat Aaron-Wooi Yik

Utusan Sarawak 3 weeks ago
BEREGU lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang baharu dinobatkan sebagai juara Kejohanan Badminton Asia 2025 teruja untuk menampilkan aksi cemerlang pada Masters Malaysia 2025, dari 20 hingga 25 Mei ini.

Aaron berkata kenaikan jumlah hadiah wang tunai daripada AS$420,000 (RM1.85 juta) kepada AS$475,500 (RM2.10 juta) membakar semangat dan memberikan motivasi tambahan kepada mereka untuk menggembirakan penyokong tempatan, selain berharap mara ke final iaitu satu pencapaian yang masih belum diperoleh pada Masters Malaysia.

“Kami teruja untuk beraksi di tanah air sendiri dan melihat banyak wajah yang dikenali. Saya rasa, kami sangat berharap untuk mara ke final dan akhirnya dapat memenangi hadiah wang tunai yang ditawarkan,” katanya pada sidang media Masters Malaysia 2025 di sini hari ini.

Pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik pada kejohanan itu ialah mara ke peringkat separuh akhir sebanyak dua kali pada edisi 2019 dan 2022.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara sedang meningkat naik Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut berharap untuk mencatatkan keputusan yang baik pada kejohanan Super 500 di sini.

Pang Ron berkata perkara lebih penting, mereka perlu kekal tenang bagi memperbaiki prestasi selepas memulakan aksi kurang memberangsangkan pada musim 2025.

Beregu yang ketika ini menduduki ranking ke-14 dunia itu hanya dua kali mara ke suku akhir daripada lapan kejohanan yang disertai tahun ini.

Sementara itu, Pemangku Presiden Persatuan Badminton Malaysia Datuk V. Subramaniam merakamkan penghargaan kepada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) kerana menjadi penaja utama kejohanan itu buat kali ketujuh.

Subramaniam berkata sokongan berterusan Perodua amat penting dalam usaha menaikkan taraf kejohanan berkenaan kepada status Super 500, seperti yang dikecapi hari ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya berbesar hati menjadi sebahagian daripada kejohanan yang kini acara penting dalam kalendar badminton Malaysia.

Tiket bagi Masters Malaysia 2025 boleh mula dibeli pada Jumaat ini (18 April) di laman sesawang www.ticket2u.com.my. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: PEC Saratok juara Sepak Takraw Terbuka Sri Aman 2025
Next: Tang Jie-Ee Wei digandingkan semula – BAM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.