Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MASkargo, penerbangan pertama dari Shanghai ke Melbourne
  • BISNES

MASkargo, penerbangan pertama dari Shanghai ke Melbourne

Utusan Sarawak 5 years ago
CIC90 adalah kod penerbangan penumpang kepada kargo (P2C) MASKargo

KUALA LUMPUR: MAB Kargo Sdn Bhd semalam membuat penerbangan Kargo dalam Kabin 90 (CIC90) pertamanya dari Pudong, China ke Melbourne, Australia.

CIC90 adalah kod penerbangan penumpang kepada kargo (P2C) MASKargo yang membawa barangan di tempat duduk selain daripada rak di atas kepala penumpang serta di bawah kerusi, bergantung kepada saiz kotak kargo berkenaan.

Sebelum ini, MASkargo hanya mempunyai kelulusan untuk CIC yang membolehkan kargo disimpan di bawah kerusi, dalam petak simpanan atau rak di atas kepala penumpang.

Kumpulan Penerbangan Malaysia yang terdiri daripada MABKargo, Operasi Lapangan Terbang, Aero Darat Services, Keselamatan Korporat, Perkhidmatan Teknikal Kejuruteraan, AMAL dan Pengendalian Penerbangan secara bersama telah membangunkan prosedur bagi tujuan berkenaan yang kemudiannya mendapat persetujuan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

“Kami berjaya membuat penerbangan pertama CIC kami pada 14 Mei 2020 melalui MH149 dari Kuala Lumpur ke Melbourne,” kata Pengurus Kanan Operasi Pengangkutan, Che Adenan Che Wan dalam satu kenyataan semalam.

Penerbangan MH 387, yang menggunakan pesawat penumpang Airbus 330-300 Malaysia Airlines meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong pada 0150LT dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 0720LT untuk mengisi bahan bakar dan pertukaran kru sebelum berlepas ke Melbourne pada jam 1010LT.

Penerbangan dari China membawa lebih kurang 5,000 kotak steril pengasingan untuk kakitangan penjagaan kesihatan di Melbourne.

Daripada 5,000 kotak, kira-kira 200 telah diikat di atas tempat duduk manakala 215 disimpan dalam rak di atas kepala penumpang. Baki yang lain disimpan dalam perut pesawat.- Bernama

Continue Reading

Previous: PERKESO luluskan RM8.99 bilion subsidi upah
Next: Malaysia catat pemulihan ekonomi bentuk ā€˜V’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.