Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Masjid Nur Permai terus diberi perhatian, terima peruntukan RM100,000
  • Tengah
  • WILAYAH

Masjid Nur Permai terus diberi perhatian, terima peruntukan RM100,000

Utusan Sarawak 2 months ago
MESRA… Dato Sri Huang Tiong Sii meluangkan masa bersama penduduk yang hadir semasa melakukan lawatan ke Masjid Nur Permai. Foto UKAS

SARIKEI: Masjid Nur Permai terus menerima perhatian kerajaan apabila Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025.

Peruntukan ini bertujuan menaik taraf dan menambah baik kemudahan sedia ada di masjid berkenaan demi keselesaan jemaah dan komuniti setempat.

Pengumuman tersebut dibuat semasa lawatan tapak ke Masjid Nur Permai, yang turut disertai seramai 30 penduduk termasuk pegawai agensi teknikal dan pengurusan masjid.

Menurut beliau, peruntukan tersebut adalah kesinambungan sokongan berterusannya terhadap pembangunan institusi keagamaan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya.

Sejak 2019, beliau telah memperuntukkan sejumlah RM1.4 juta kepada Masjid Nur Permai termasuk bagi pembinaan masjid baharu serta kemudahan lain.

Beliau turut meninjau hasil kerja penambahbaikan yang telah dijalankan menggunakan peruntukan RTP 2024 yang juga berjumlah RM100,000.

Kerajaan katanya, sentiasa mengiktiraf peranan institusi agama dalam membentuk masyarakat harmoni dan bersatu padu.

Dasar kesederhanaan serta kebebasan beragama yang diamalkan di Malaysia dan Sarawak merupakan asas penting dalam mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

Turut hadir, Jurutera Majlis Daerah Sarikei Bobari Bilong Nelson Epoi, Ketua Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei Sr Awan Amal serta Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid Nur Permai Mohammad Reza. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Empat usahawan tarik nafas lega, terima bantuan peralatan perniagaan
Next: Proaktif rebut peluang pertingkat taraf hidup, sosioekonomi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.