Masjid Al-Aqsa ditutup tiga minggu

Facebook
WhatsApp
MASJID AL-AQSA

BAITULMAQDIS: Masjid Al-Aqsa akan ditutup selama tiga minggu disebabkan penyebaran Covid-19, umum Wakaf Islam Baitulmaqdis pada Rabu.

“Jemaah dan pengunjung tidak akan diterima di masjid tersebut pada Jumaat selama tiga minggu berikutan penularan virus,” kata Hatem Abdel Qader, anggota Wakaf Islam Baitulmaqdis, kepada agensi Anadolu.

Beliau, bagaimanapun berkata masjid itu akan tetap dibuka kepada penjaga masjid dan petugas serta untuk laungan azan,

Menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin, jumlah jangkitan virus di Baitulmaqdis mencecah 8,000 sejak Jun.

Masjid Al-Aqsa pernah ditutup selama dua bulan pada akhir Mac kerana pandemik Covid-19.- Bernama

AZAM-IPRM buka laluan tubuh IPRM Sarawak Chapter

KUCHING: Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh profesionalisme serta