Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Masih sayang, Fattah belum setuju ceraikan Fazura
  • HIBURAN

Masih sayang, Fattah belum setuju ceraikan Fazura

Utusan Sarawak 8 months ago
PELAKON filem Pendekar Awang, Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, diserbu media ketika hadir pada sebutan kes perceraian difailkan isterinya, Fazura, 40, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini. FotoBERNAMA

PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini diberitahu bahawa pelakon filem Pendekar Awang Fattah Amin belum bersetuju untuk menceraikan isterinya yang juga pelakon filem Gol & Gincu, Fazura.

Peguam Syarie Zulkifli Che Yong yang mewakili Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, memberitahu pemberita selepas sebutan kes perceraian difailkan Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

“Ketika ditanya hakim itu, defendan (Fattah) menyatakan beliau belum bersedia untuk bersetuju cerai secara baik. Ini kerana kedua-dua pihak sedang cuba untuk memuktamadkan terma-terma bagi menyelesaikan secara baik isu-isu berkaitan perkahwinan mereka.

PELAKON Nur Fazura Sharifuddin, 40, bersama peguamnya Fakhrul Azman Abu Hassan ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini bagi sebutan kes permohonan penceraian yang difailkan terhadap suaminya yang juga pelakon Abdul Fattah Mohd Amin.

“Perkara-perkara itu perlu dimuktamadkan terlebih dahulu, supaya tidak memanjangkan isu-isu yang tidak selesai. Insya-Allah saya doakan kedua-dua pihak dapat selesaikan cara baik dan terma persetujuan akan dimuktamadkan,” kata peguam itu.

Fazura selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian pada 13 September.

Zulkifli berkata anak guamnya akan menyatakan pendirian untuk setuju bercerai atau tidak pada prosiding seterusnya 7 Oktober ini.

Sementara itu, peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Fazura berkata pihaknya telah menerima cadangan penyelesaian secara baik itu daripada peguam yang mewakili Fattah.

FAZURA selaku plaintif memfailkan permohonan perceraian pada 13 September lalu.

“Kita baru dapat (cadangan) pagi ini, kita belum baca dan tidak bersedia untuk berbincang pada masa yang singkat. Kita cuba selesaikan cara baik tanpa menggunakan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Pada 7 Oktober nanti kalau ada penyelesaian, kita teruskanlah apa-apa yang patut,” kata peguam itu.

Mengenai spekulasi keretakan rumah tangga pasangan itu yang didakwa di media sosial, Fakhrul Azman berkata Fazura dan pihak pengurusannya akan mengambil tindakan undang-undang termasuk mengemukakan saman, kepada individu yang memfitnah anak guamnya itu.

“Kita dah kenal pasti ada empat atau lima individu memberi kenyataan tidak benar terhadap Fazura di media sosial. Kita akan ambil tindakan ke atas pihak yang mula-mula membuat kenyataan itu.

FATTAH Amin bersama peguam Syarie Zulkifli Che Yong.

“Fazura tidak pernah keluar kenyataan mengenai isu curang. Perkara itu timbul daripada individu-individu yang membuat kenyataan melalui media sosial. Dalam permohonan cerai kita tak sebut langsung isu berkaitan curang,” katanya.

Fazura yang mengenakan jubah berwarna putih tiba di mahkamah kira-kira 9.25 pagi, diiringi beberapa pegawai peribadinya manakala Fattah mengenakan sut hitam hadir ditemani peguam.

Selepas prosiding itu, Fazura yang kelihatan tenang berkata beliau berharap semuanya dipermudahkan, manakala Fattah memberitahu beliau masih sayangkan isterinya dan akan mempertahankan rumah tangga mereka.

FATTAH dikerumuni media.

“Saya terkejut apabila menerima berita Fazura memfailkan perceraian dan mengetahui perkara itu menerusi media sosial,” kata Fattah.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima yang berusia empat tahun. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Filem Havoc Brothers Kathe Ille Parthekelam dapat sambutan hangat
Next: Masih sayang, Fattah belum setuju ceraikan Fazura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.