Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Maruah hampir tercalar
  • SUKAN

Maruah hampir tercalar

Utusan Sarawak 4 years ago

Hungary's midfielder Andras Schafer (C) scores his team's second goal past Germany's goalkeeper Manuel Neuer (R) during the UEFA EURO 2020 Group F football match between Germany and Hungary at the Allianz Arena in Munich on June 23, 2021. (Photo by KAI PFAFFENBACH / POOL / AFP)

ANDRAS Schafer (tengah) menjaringkan gol kedua Hungary selepas berjaya menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer (kanan) semasa perlawanan Kumpulan F, Euro 2020 di Allianz Arena di Munich, semalam. •Foto AFP

LEON Goretzka yang masuk sebagai pemain gantian berjaya menyelamatkan kempen Euro 2020 Jerman menerusi gol penyamaan lewat ketika seri 2-2 menentang Hungary di Munich sekali gus membolehkan mereka bertemu England dalam pusingan kedua nanti.

Adam Szalai membuat kejutan dengan meletakkan Hungary di hadapan manakala Jerman menyamakan kedudukan melalui Kai Havertz dalam babak kedua dan selepas itu giliran Hungary kembali mendahului menerusi jaringan Andras Schaefer.

Dengan perlawanan berbaki enam minit, Goretzka menjaringkan gol penyamaan penting untuk membuat temu janji dengan England di Wembley Rabu depan sekali gus menyingkirkan Hungary yang berada di tangga tercorot Kumpulan F.

“Saya sangat gembira kerana kami tidak mempunyai keraguan sekarang dan penuh dengan keyakinan kerana pada awalnya nasib dan maruah hampir tercalar,” kata Goretzka di tengah perayaan Jerman selepas wisel penamat dibunyikan.

Jerman berjaya menghindari ulangan penyingkiran dari peringkat kumpulan yang mengejutkan sebagai juara bertahan, di Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Kami melakukan kesilapan namun berjuang dan menunjukkan semangat yang luar biasa,” kata jurulatih Jerman, Joachim Loew, yang hanya mempunyai enam minit  untuk menamatkan tugas beliau selama 15 jurulatih Jerman dan kekalahan yang memalukan.

“Bukan untuk mereka yang lemah hati. Sekarang ia akan menjadi tumpuan utama untuk menentang England di Wembley.

“Kami akan bersedia dan saya dapat menjanjikannya,” ujarnya.

Penjaga gol Hungary, Peter Gulacsi mengakui sukar menerima kekalahan setelah mendahului dua kali . “Sukar untuk mencari kata-kata. Kami bermain dengan baik. Jelas Jerman menguasai permainan. Akhirnya, ini adalah nasib buruk bagi kami dan nasib baik untuk Jerman,” katanya.- AFP

Continue Reading

Previous: Kejayaan Bonnie beri inspirasi
Next: GILIRAN BONNIE MENAWAN PUNCAK DUNIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.