Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) dijangka dibina di Kampung Goebilt
  • SEMASA

Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) dijangka dibina di Kampung Goebilt

Utusan Sarawak 1 month ago
DATUK Dr Hazland Abang Hipni ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya, hari ini.

KUCHING: Markas Wilayah Laut 4 (Mawilla 4) yang dijangka dibina di Kampung Goebilt kini dalam proses perbincangan lanjut.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, berkata markas seluas 28 ekar tersebut mengambil masa tiga tahun untuk dibangunkan.

Menurutnya, markas tersebut akan menempatkan kira-kira 1,000 pegawai dan anggota.

“Sepatutnya, markas wilayah laut ini dibina di Bintulu tetapi oleh kerana keadaan di Bintulu tidak begitu sesuai, jadi mereka mencari kawasan baharu dan kawasan Muara Tebas adalah merupakan kawasan strategik dan sesuai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitrinya di sini, hari ini.

Terdahulu, sebelum ini, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Madya Datuk Zulhelmy Ithnain dilaporkan, berkata tapak tersebut dilihat mempunyai kedalaman 14 meter dan sesuai sebagai pusat transit aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga 200 meter panjang termasuk kapal selam.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Semangat perpaduan perkukuh Sarawak terus makmur
Next: Suasana penuh emosi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.