Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mark Rumbu ditemukan selamat
  • Selatan
  • WILAYAH

Mark Rumbu ditemukan selamat

Utusan Sarawak 5 months ago

SERIAN: Seorang lelaki berusia 57 tahun yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemui selamat oleh pasukan penyelamat, hari ini. 

Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Serian, mangsa, Mark Rumbu ditemui dalam keadaan lemah di seberang anak sungai berhampiran Kampung Rayang. 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua diteruskan pagi tadi, bermula pada 7:30 pagi, dengan pasukan penyelamat dibahagikan kepada tiga sektor pencarian merangkumi radius lima kilometer di kawasan hutan berhampiran kebun durian.

“Pada 3:30 petang, mangsa ditemui dalam keadaan lemah terbaring di seberang anak sungai.

“Pasukan penyelamat segera mengusung mangsa keluar menggunakan pengusung lipat dan membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut dengan bantuan Bomba,” katanya. 

Terdahulu, mangsa, seorang OKU pendengaran, kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya pada 2:30 petang, Selasa lalu, menuju ke kebun durian tanpa memakai kasut atau selipar. 

Katanya, ketika kejadian, mangsa dilaporkan memakai t-shirt biru muda, seluar panjang putih, dan membawa tambok serta guni.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 30 pelajar kejuruteraan Kolej Laila Taib melawat Lembaga Air Sibu
Next: UNIFOR bantu dua gereja dalam kawasan Puncak Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.