Mangsa tersepit, lori terbabas langgar pokok di Jalan Demak Laut

Facebook
WhatsApp
KEMALANGAN… Seorang mangsa cedera selepas lori treler terbabit dalam kemalangan kendiri dan melanggar pokok di Jalan Demak Laut menghala ke Jalan Bako, di sini, petang tadi. Foto BBP Tabuan Jaya

KUCHING: Seorang mangsa cedera selepas lori treler terbabit dalam kemalangan kendiri dan melanggar pokok di Jalan Demak Laut menghala ke Jalan Bako, di sini, petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 4.29 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan kekuatan jentera dihantar ke lokasi kejadian.

KEMALANGAN… Seorang mangsa cedera selepas lori treler terbabit dalam kemalangan kendiri dan melanggar pokok di Jalan Demak Laut menghala ke Jalan Bako, di sini, petang tadi. Foto BBP Tabuan Jaya

Komander operasi, PBK II Mohammad Zulkipli Samat berkata, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati lori terbabit melanggar pokok dan seorang mangsa masih tersepit dalam kenderaan.  “Kerja-kerja mengeluarkan mangsa tersepit sedang dijalankan bagi memastikan keselamatan mangsa,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa dan punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.