Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia
  • GLOBAL

Mangsa Pearl Harbor tertua yang terselamat, meninggal dunia

Utusan Sarawak 5 months ago

BERLIN: Individu tertua yang terselamat dalam serangan Jepun ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Pearl Harbor semasa Perang Dunia II meninggal dunia pada usia 105 tahun, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Warren ‘Red’ Upton, bekas operator radio, meninggal dunia selepas beberapa hari dirawat di hospital pada Hari Krismas dikelilingi keluarganya, organisasi Pacific Historic Parks mengumumkan di Facebook.

Pengumuman itu menerangkan bagaimana Upton berkhidmat di kapal perang USS Utah apabila ia dilanggar oleh dua torpedo dan mula terbalik. 

Upton dan anak kapal lain dapat berenang ke tempat selamat, namun 58  anak kapal terbunuh dalam serangan mengejut itu.

Pada 7 Disember 1941, tentera udara dan tentera laut Jepun menyerang Armada Pasifik AS yang berlabuh di pangkalan tentera laut Pearl Harbor di selatan Honolulu di Hawaii. 

AS, yang sehingga itu kekal berkecuali mengisytiharkan perang ke atas Empayar Jepun pada hari berikutnya.

Upton adalah mangsa terakhir anak kapal USS Utah. 

Menurut akhbar tentera AS Stars and Stripes, terdapat 15 lagi mangsa yang terselamat dalam serangan itu, manakala 2,335 anggota tentera AS dan 68 orang awam terkorban.

Selepas perang, Upton pulang ke rumah dan berkeluarga. Isterinya, Gene, meninggal dunia pada 2018. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Satelit komunikasi domestik pertama Turkiye berjaya capai orbit
Next: Pesawat bawa 181 penumpang terhempas di Korea Selatan – Yonhap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.