Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mangsa kedua insiden Sungai Sengayan ditemukan lemas hari ini
  • KEMALANGAN

Mangsa kedua insiden Sungai Sengayan ditemukan lemas hari ini

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mangsa kedua yang hilang di sungai dalam insiden kenderaan pacuan empat roda dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi Sungai Sengayan, Long Jekitan, Baram pada Isnin ditemukan lemas petang tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi Nasir Razali berkata mayat Dawellies Luing, 46, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 2 petang.

Beliau berkata operasi SAR hari keempat hari ini dimulakan pada 9.30 pagi dengan pencarian menggunakan kaedah pencarian di permukaan laluan sungai dari muara Sungai Sengayan ke jarak 21 kilometer ke hilir Sungai Silat dan Batang Baram.

“Pencarian dijalankan dari muara Sungai Sengayan dan mayat mangsa ditemukan pada jarak lebih kurang 2.5 kilometer dari muara sungai dan tujuh kilometer dari tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Katanya mayat mangsa telah dibawa ke jeti Long Silat dan diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Miri bagi bedah siasat. Susulan penemuan itu, operasi SAR ditamatkan pada 8.00 malam.

Dawellies yang merupakan Pembantu Pengurusan Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Long Jekitan dan anak perempuannya Vallerie Mentie, 9, dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberang sungai tersebut dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Turut bersama mereka isterinya Litun Ajip dan seorang pemandu yang kedua-duanya berjaya menyelamatkan diri namun Vallerie ditemukan lemas kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada Isnin.

Mayat kanak-kanak itu dibawa ke kediaman keluarga mereka di Long Tikan sebelum dikebumikan pada Rabu. – Bernama

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Remaja lemas di Sungai Libiki ditemui meninggal dunia
Next: Dua maut, dua cedera parah dalam nahas di lampu isyarat Paragon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.