Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa kebakaran terima bantuan
  • TEMPATAN

Mangsa kebakaran terima bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago
BANTUAN… Pusat Khidmat PDP Bintulu turun padang menghulur bantuan kepada mangsa kebakaran Rh. Eloh di Kampung Banjai, Sungai Segan, Ulu Sebauh.

BINTULU: Mangsa kebakaran rumah panjang Rh. Eloh di Kampung Banjai, Sungai Segan, Ulu Sebauh turut mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing.

Beliau yang diwakili oleh Ketua Politik Parti Demokratik Progresif (PDP) Bintulu, Ukar Kelayang menyerahkan bantuan berbentuk keperluan asas dan wang tunai kepada Tuai Rumah Eloh Jugah.

Bantuan tersebut diharap dapat meringankan penghuni rumah panjang berkenaan selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran pada petang Khamis lalu.

Dalam kebakaran itu, rumah panjang 24 pintu tersebut telah musnah dijilat api dan menyebabkan 135 penghuni rumah panjang terbabit telah hilang tempat berteduh.

Sejurus mendapat maklum berhubung kejadian itu, Tiong segera mengarahkan kakitangan di Pusat Khidmat Masyarakat Bintulu turun padang bagi meninjau keadaan.

Continue Reading

Previous: 30,000 penduduk terima khidmat Bomba Selangau
Next: Pemandu selamat, lori terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.