
TAWAU, 21 Jun -- Anggota Dewan Undangan Negeri Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan bertanyakan khabar mangsa kebakaran di Lorong Haji Sundu, Batu 2, Jalan Apas pada hari Rabu lepas ketika melawat mereka hari ini. Dianggarkan lebih 100 penduduk hilang tempat tinggal apabila 20 rumah musnah dalam kebakaran itu. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TAWAU: Sebanyak 40 ketua keluarga daripada 158 mangsa kebakaran rumah di Lorong Haji Sundu Batu 2, Jalan Apas di sini semalam menerima sumbangan makanan dan wang tunai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Nizam berkata sumbangan berkenaan diharap dapat membantu meringankan beban mangsa yang ditimpa musibah.
“Kami sangat bersimpati dan prihatin dengan nasib mereka yang ditimpa musibah dan berharap mereka terus bersabar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Setakat ini, 90 pertubuhan sukarela, ahli politik, syarikat swasta dan individu tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran termasuk penyerahan penutup hidung dan mulut.
Rabu lepas, kira-kira 20 rumah musnah selain enam kereta, empat motosikal serta sebuah kedai runcit terbakar dengan bomba menganggarkan nilai kerugian mencecah RM1 juta.– Bernama