Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mangsa hilang ditemukan hari ini
  • KEMALANGAN

Mangsa hilang ditemukan hari ini

Utusan Sarawak 4 weeks ago
Mangsa dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

PETRA JAYA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga hari ini berjaya menemui jasad seorang lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan Jambatan Tun Salahuddin, di sini Jumaat lalu.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, jasad mangsa, Haffiz Abdullah Sapwan, 34 tahun, dijumpai sekitar jam 12.38 tengah hari tadi hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam.

“PKO maklum, pasukan SAR telah menjumpai jasad mangsa di tebing sungai hasil daripada permakluman orang awam yang lokasinya tidak jauh dari Persatuan Nelayan Bintawa Kotak anggaran jam 12.38 tengah hari.

“Jaraknya adalah satu kilometer ke hilir sungai dari lokasi mangsa mula dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Operasi SAR yang disertai pelbagai agensi termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pertahanan Awam (APM), Pengawal Pantai Sarawak dan Polis Marin, menggunakan pelbagai kaedah pencarian termasuk penggunaan bot penyelamat serta bantuan dua unit dron dari PDRM dan APM.

Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Jabatan Laut Wilayah Sarawak untuk tindakan lanjut dan diserahkan kepada pihak polis.

Operasi turut diketuai  Tan Min Chai selaku Komander Operasi Kanan merangkap Ketua BBP Padungan.

Oleh MASRIN AFFIRAH

Continue Reading

Previous: Lantai rumah runtuh, enam dalam sekeluarga selamat
Next: Lelaki cedera kereta rempuh pokok tumbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.