Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
  • UMUM

Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini

Utusan Sarawak 4 months ago

Seramai 15 keluarga daripada 39 penghuni Rumah Tembawai Kapok Awik telah berjaya dipindahkan ke PPS Dewan Dayak Saratok malam tadi.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.

Di SARAWAK, jumlah mangsa di Daerah Saratok meningkat kepada 85 orang daripada 21 keluarga berbanding 39 orang daripada 15 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Dewan Rumah Dayak Saratok sejak petang semalam.

Kesemua mangsa banjir terdiri penduduk dari Rumah Tembawai Kapok iaitu sebuah rumah panjang di kawasan Awik, Saratok.

Di SABAH, jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 877 mangsa daripada 328 keluarga. 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 816 mangsa daripada 311 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pitas manakala 61 mangsa daripada 17 keluarga di Paitan kekal berlindung di tiga PPS.

“Tiada hujan di daerah Pitas dan Paitan pagi ini. Jalan ke 85 kampung di kawasan Pitas sukar dilalui berikutan banjir selain penduduk mengalami kesukaran untuk melalui kawasan terbabit manakala paras air di Sungai Katasan dan Sungai Bengkoka di Pitas berada di bawah paras waspada,” menurut kenyataan itu.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: ADUN Sungai Sibuga Datuk Mohamad Hamsan meninggal dunia
Next: Neurogine, Pos Indonesia sedia khidmat kiriman wang secara mudah alih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.