Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 100 orang
  • Tengah
  • WILAYAH

Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 100 orang

Utusan Sarawak 4 months ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat kepada 100 orang pagi ini berbanding 90 orang, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan setakat 8.00 pagi ini, terdapat dua PPS yang aktif di negeri itu, iaitu di kawasan Saratok dan Tatau.

PPS Dewan Rumah Dayak di Saratok yang dibuka pada 19 Jan lepas menjadi tempat berlindung kepada 90 mangsa daripada 21 keluarga manakala PPS Rumah Steven di Tatau yang mula beroperasi semalam menempatkan 10 mangsa daripada 10 keluarga.

JPBN Sarawak turut memaklumkan sebanyak 26 lokasi di seluruh negeri yang berisiko mengalami banjir turut dipantau dari semasa ke semasa oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Muput di Tatau dibadai banjir lagi
Next: Unit MPV, URB IPD Sibu cegah jenayah melalui rondaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.