Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Manfaatkan kemampuan minyak sawit
  • BISNES

Manfaatkan kemampuan minyak sawit

Utusan Sarawak 5 years ago
PEMEGANG kepentingan dalam industri minyak sawit boleh meyediakan kebolehkesanan digital masa nyata (real time) dengan memanfaatkan teknologi blockchain berkos rendah.

KUALA LUMPUR: Pemegang kepentingan dalam industri minyak sawit boleh meyediakan kebolehkesanan digital masa nyata (real time) dengan memanfaatkan teknologi blockchain berkos rendah, kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif Sumwin Group, U.R. Unnithan.

Beliau berkata, ini dapat menyediakan peluang hebat, terutamanya kepada pekebun kecil untuk mencapai kemampanan (tahap prestasi yang baik) serta mendapat imbuhan mencukupi atas usaha mereka.

“Ini merupakan peluang besar industri minyak sawit untuk memperlihatkan ketelusan dan keterlihatan masa nyata yang dinamik, sekali gus, membuktikan minyak sawit sememangnya lestari dan menepati norma “Tiada Penebangan Hutan, Tiada Gambut dan Tiada Exploitasi” (NDPE) dan menenangkan kelantangan  negara-negara Kesatuan Eropah dan pertubuhan bukan-kerajaan yang sangat kritikal terhadap kelestarian minyak sawit”.

Unnithan berkata demikian dalam pembentangan slaid bertajuk “Challenges & Opportunities for the Palm Oil Industry in the Areas of Biodiesel, Sustainability & Food Safety” di Seminar Internet Minyak Sawit (Pointers) yang berlangsung selama tujuh hari anjuran Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Bursa Malaysia, bermula dari 22 hingga 28 Jun.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pihak berkepentingan dalam industri minyak sawit mengguna pakai platform “Digital Collaborative” Dibiz, penyelesaian inovasi digerakkan oleh Blockchain yang menghubungkan rantaian bekalan.

Dengan adanya kesan rantaian dan pengambilan data, Dibiz boleh menyediakan manfaat nilai tambah yang mendorong semua pemegang kepentingan berkolaborasi untuk kebolehkesanan dan menjadi sebahagian daripada platform urus niaga mampan.

“Platfrom Dibiz dapat memperkasakan perusahaan untuk mencapai 11 daripada 17 matlamat pembangunan mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menerusi kerjasama seluruh industri,” tambah beliau. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ng Sze petani OKU contoh
Next: TM umum pemenang bertuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.