MANCHESTER United melangkah ke pusingan keempat Piala Liga selepas kemenangan 3-0 di Luton, sementara pengurus West Ham, David Moyes dan dua pemainnya disahkan positid Covid-19 disebalik kemenangan 5-1 menentang Hull.
Moyes, Josh Cullen dan Issa Diop meninggalkan Stadium London sejurus mengetahui keputusan ujian Covid-19 sebelum perlawanan bermula dengan ketiga mereka tidak menunjukan sebarang simptom.
West Ham bukan satu-satunya kelab Liga Perdana Inggeris yang terjejas virus itu selepas keputusan perlawanan Tottenham di Leyton Orient ditangguhkan setelah lawan peringkat keempat mereka dijangkiti wabak Covid-19.
Pertandingan West Ham terus berjalan seperti yang dirancangkan disebalik keputusan tersebut dengan penolong pengurus Alan Irvine mengambil alih tugas membimbing Hammers.
“Pada 8.00 malam, kami tiba-tiba mendapat beberapa maklumat daripada doktor dan ketua fisio kami mengatakan bahawa terdapat tiga ujian positif melibatkan pengurus dan dua pemain itu,” kata Irvine.
“Kami terkejut dengan berita itu. Kami telah menjalani begitu banyak ujian dan tidak positif. Tapi kami sangat prihatin mengenai protokol kesihatan sejak awal.”
Sebastien Haller dan Andriy Yarmolenko masing-masing menjaringkan dua gol selpea Robert Snodgrass meledakkan gol sulung buat west Ham.
West Ham akan berdepan Fleetwood atau Everton dalam saingan peringkat 16 pasukan terakhir.
Berita mengenai jangkitan tersebut menusuk terus kepada nadi bola sepak Inggeris tidak lama selepas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memberikan tamparan besar kepada masa depan sukan itu pada Selasa.
Johnson berkata peminat tidak akan dibenarkan masuk ke stadium pada Oktober seperti yang dirancang sebelumnya kerana lonjakan kes jangkitan Covid-19 dan langkah-langka itu akan berlanjutan sekurang-kurangnya selama enam bulan.
Di Kenilworth Road, United bangkit daripada kekalahan 3-1 dilaman sendiri ketika menentang Crystal Palace dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.
Dalam pertemuan pertama United dengan Luton Town sejak 1992, Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer melakuykan 10 pertukaran, memberikan penampilan penuh kepada penjaga gawang Dean Henderson dan Donny Van De Beek.
United mendahului pada minit ke-44 selepas George Moncur menjatuhakn Brandon Williams dlam kotak penalti dan Juan Mata menyempurnakan sepakan penalti terbabit.
Henderson berharap dapat menggantikan David De Gea selepas prestasi yang memberangsangkan ketika dipinjamkan kepada Sheffield United musim lalu.
Dia mengekalkan kelebihan United dengan melakukan penyelamatan di minit terakhir perlawanan sekali gus menafikan tandukkan Tom Lockyer.
Marcus Rashford yang masuk sebagai pemainan gantian menjaringkan gol pada minit ke-88 dikuti gol Mason Greenwood menambah jaringan ketiga United pada masa kecederaan.
“Melangkah ke peringkat seterusnya adalah satu perkara besar.
“Terdapat beberapa perkara positif, penjaga gol melakukan tugasnya dan kami menjaringkan beberapa gol yang menarik,” kata Solskjaer, yang pasukannya akan mengunjungi Brighton atau Preston pada perlawanan pusingan keempat.
Henderson tweet: “Saya bermimpi tentang ini sepanjang hidup saya. Perasaan tidak percaya untuk melakukan penampilan bersama kelab yang saya cintai.” -AFP