Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Man United masih mampu tebis kehampaan 
  • SUKAN

Man United masih mampu tebis kehampaan 

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pengendali Manchester United, Ruben Amorim (tengah) yakin mampu menebus kehampaan peminat musim ini.

MANCHESTER: Manchester United kini masih mampu menebus kehampaan musim ini selepas berjaya mara ke separuh akhir Liga Europa.

Skuad kendalian Ruben Amorim bangkit dalam masa tambahan ketika menewaskan Lyon 5-4 dan 7-6 secara agregat pada aksi timbal balik di Old Trafford.

Musim United seakan berakhir selepas ketinggalan 4-2 dan 6-4 secara agregat ketika masa tambahan hanya berbaki enam minit.

Namun sepakan penalti Bruno Fernandes mencetus kebangkitan anak buah Amorim yang kemudian menyaksikan Kobbie Mainoo menyamakan kedudukan diikuti jaringan kemenangan Harry Maguire.

Amorim mengakui pernah menonton dokumentari kejayaan treble United pada tahun 1999, ketika mereka ketinggalan 1-0 dalam masa tambahan aksi final Liga Juara-Juara sebelum bangkit menewaskan Bayern Munich 2-1.

Walaupun menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris, United masih mampu menebus kegagalan liga denga kejayaan di pentas Eropah.

“Di stadium ini, di kelab ini, anda sentiasa berfikir yang apa sahaja boleh berlaku dan hari ini itulah yang terjadi.

“Kami sedar yang prestasi kami hambar dan layak dikritik, tetapi kami masih ada masa untuk menjadikan sesuatu yang istimewa musim ini.

United akan berdepan Athletic Bilbao pada aksi separuh akhir dengan Tottenham Hotspur menentang Bodo/Glimt. – AFP

Continue Reading

Previous: Team Vamos intai kejuaraan musim ke-15
Next: Lokasi tersembunyi Sarawak tarikan baharu peminat ‘off-road’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.