Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Man City sekadar seri tanpa Rodri
  • SUKAN

Man City sekadar seri tanpa Rodri

Utusan Sarawak 7 months ago

Reaksi pemain Man City, Manuel Akanji dan Kyle Walker selepas tamat perlawanan.

NEWCASTLE: Manchester City gagal mengatasi ketiadaan Rodri ketika seri 1-1 menentang Newcastle, malam tadi sekali gus gagal mengutip mata penuh dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua berturut-turut.

Pemain dari Sepanyol itu diketepikan sepanjang musim ini akibat kecederaan lutut serius yang dialaminya ketika seri 2-2 yang menentang seteru utama, Arsenal, minggu lalu.

Josko Gvardiol meletakkan pasukan pelawat di hadapan di St James’ Park, tetapi Newcastle pantas menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Anthony Gordon pada separuh masa kedua.

Guardiola menggambarkan Rodri sebagai “tidak dapat digantikan” tetapi berjanji akan mencari penyelesaian secara kolektif.

City kekurangan kawalan dan ketenangan yang sering diberikan oleh Rodri dalam penguasaan dan kawalan bola.

“Ia sentiasa sukar di sini dengan kekuatan fizikal mereka, dan mereka bertahan sangat baik. Kami mempunyai peluang, tetapi (Nick) Pope (penjaga gol) beraksi dengan cemerlang, jadi kami menerima keputusan seri ini.

“Kami membuat keputusan yang buruk (dengan peluang) untuk menjadikan kedudukan 2-0,” kata Guardiola.

Newcastle hanya tewas sekali dalam enam perlawanan Liga Perdana musim ini dan ia adalah keputusan yang baik daripada pasukan kendalian Eddie Howe.

“Itu adalah persembahan yang baik, itu cara kami bermain, berani,” kata Howe. – AFP

Continue Reading

Previous: Arsenal bangkit selepas ketinggalan
Next: Para SUKMA: ‘Bintang masa depan’ dalam radar skuad badminton para negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.