Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia – Turkiye mahu pertingkat surat hasrat, perkukuh kerjasama bidang tenaga – Fadillah
  • BISNES

Malaysia – Turkiye mahu pertingkat surat hasrat, perkukuh kerjasama bidang tenaga – Fadillah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (kiri) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Tenaga dan Sumber Asli Türkiye, Alparslan Bayraktar (kanan), untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang peralihan tenaga. Mesyuarat itu susulan pertukaran surat hasrat antara kerajaan Malaysia dan Türkiye baru-baru ini. Türkiye ialah salah satu pengeluar utama tenaga boleh diperbaharui (RE) di Eropah dan di seluruh dunia, menjana lebih daripada 50 peratus kapasiti elektriknya daripada sumber tenaga bersih seperti tenaga solar, hidroelektrik dan geoterma. FotoBERNAMA

ISTANBUL: Malaysia dan Turkiye mahu mempertingkatkan pertukaran Surat Hasrat berkaitan kerjasama sektor tenaga, khususnya tenaga boleh baharu dan nuklear bagi tujuan bekalan tenaga, kepada Memorandum Persefahaman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata justeru, usaha itu akan mengorak laluan untuk pembentukan kerjasama antara pegawai peringkat tertinggi serta pembuat dasar Malaysia dan Turkiye.

Fadillah berkata hasrat Kuala Lumpur dan Ankara itu antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan dengan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar di Ankara, malam tadi.

“Insya-Allah, kita secara bersama sedang meningkatkan supaya daripada Surat Hasrat ini, ia menjadi satu Memorandum Persefahaman,” katanya kepada Bernama di sini, lewat malam tadi.

Antara yang hadir pada pertemuan dengan Bayraktar ialah Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Mareena Mahpudz dan Ketua Pegawai Tenaga Baharu TNB, Mohd Zarihi Mohd Hashim.

Pertukaran Surat Hasrat antara kerajaan Malaysia dan Turkiye itu dilakukan semasa lawatan rasmi Presiden Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia pada 10 dan 11 Februari lepas.

“Perkara ketiga adalah daripada segi peraturan, amalan perdagangan tenaga yang dilaksanakan sekarang di Eropah, cara mereka mengendalikan perdagangan tenaga ataupun penjanaan tenaga.

“Keempat adalah perspektif kawal selia untuk pengurusan eksport dan import tenaga, kepakaran termasuk sistem grid, pengagihan dan sebagainya,” katanya.

Fadillah kini berada di Turki untuk lawatan kerja dua hari sejak semalam, sebelum mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak mengenai Masa Depan Keterjaminan Tenaga pada 24 hingga 25 April di London anjuran Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dan kerajaan United Kingdom (UK).

Menurut PETRA kehadiran Timbalan Perdana Menteri merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, peranan dan pencapaian Malaysia dalam menghadapi pelbagai isu berkaitan tenaga khusunya keterjaminan bekalan dan peralihan tenaga. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka hampir mendatar berikutan pasaran tumpu isyarat kepimpinan Fed AS
Next: FTA ASEAN, Australia, New Zealand perkukuh daya tahan Malaysia dalam pasaran serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.