CYBERJAYA: Malaysia dalam tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi ancaman penularan jangkitan hantavirus walaupun tiada kes melibatkan rakyat negara ini direkodkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata pendekatan itu penting memandangkan cabaran kesihatan awam kini bersifat global dan tiada negara yang benar-benar selamat tanpa langkah berwaspada berterusan.
“Kita tidak mahu mencetuskan kebimbangan, tapi kita juga tidak mahu orang selesa dengan mengatakan ini semua berlaku di luar (negara),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup National Tobacco Control Conference and Lung Health Summit 2026 di sini hari ini.
Dzulkefly berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kementerian Kesihatan (KKM) mempunyai kapasiti menjalankan diagnosis melibatkan hantavirus menggunakan teknologi Polymerase Chain Reaction (PCR) yang merupakan standard utama dalam pengesanan penyakit.
Selain itu, kawalan ketat di semua pintu masuk antarabangsa negara turut diperkasakan menerusi saringan kesihatan dan peningkatan tahap kesiapsiagaan di lapangan terbang, pelabuhan serta pintu masuk utama negara oleh Pejabat Kesihatan Pintu Masuk Antarabangsa (PKPMA).
Sebagai langkah pencegahan berterusan, Dzulkefly berkata setakat ini, sebanyak 22,367 kapal dan bot telah diperiksa di pintu masuk Malaysia dengan 2,421 sijil pratique dan 1,146 Ship Sanitation Certificate (SSC) dikeluarkan.
“Langkah ini dibuat berterusan untuk memastikan kapal yang masuk ke negara kita memenuhi dan mematuhi keperluan kesihatan awam dan sanitasi itu mustahak,” katanya.
Sijil pratique merujuk kepada kebenaran rasmi kesihatan dikeluarkan pihak berkuasa pelabuhan untuk membenarkan kapal memasuki pelabuhan, menurunkan penumpang dan beroperasi selepas disahkan tiada penyakit berjangkit di atas kapal.
Sebelum ini, Dzulkefly berkata hantavirus ialah virus bawaan tikus yang boleh menjangkiti manusia melalui udara tercemar dengan sisa kotoran, air kencing atau air liur haiwan itu.
Beliau berkata virus itu tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.
Media antarabangsa melaporkan negara Eropah meningkatkan langkah pemantauan dan pengasingan selepas berlakunya wabak hantavirus yang dikaitkan dengan kapal persiaran berbendera Belanda MV Hondius. – Bernama