Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia, Kemboja bincang pelaksanaan MoU pembangunan informasi, media
  • NASIONAL

Malaysia, Kemboja bincang pelaksanaan MoU pembangunan informasi, media

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Bahria Mohd Tamil mengetuai delegasi ke mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Kemboja yang diketuai oleh Setiausaha Negara Kementerian Penerangan Kemboja Prak Thaveak Amida. Foto Kementerian Komunikasi

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Kemboja mengadakan mesyuarat dua hala bagi membincangkan pelaksanaan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Kerjasama Pembangunan Informasi dan Media yang dimeterai sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kementerian Komunikasi memaklumkan bahawa mesyuarat dua hala itu diadakan sempena Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN yang Bertanggungjawab terhadap Maklumat (SOMRI) ke-23 di Bandar Seri Begawan, Brunei semalam.

“Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Datuk Bahria Mohd Tamil mengetuai delegasi ke mesyuarat dua hala antara Malaysia dan Kemboja yang diketuai oleh Setiausaha Negara Kementerian Penerangan Kemboja Prak Thaveak Amida,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Kementerian Komunikasi, kedua-dua negara turut bertukar pandangan mengenai pelbagai aspek kerjasama dalam bidang pertukaran maklumat, pembangunan media, transformasi digital serta usaha memperkukuh integriti maklumat dan menangani cabaran landskap media semasa pada mesyuarat itu.

“Malaysia komited untuk memperkukuh hubungan kerjasama dengan Kemboja menerusi pelaksanaan inisiatif strategik, sekali gus memajukan sektor maklumat dan media serta mempererat hubungan persahabatan antara kedua-dua negara,” katanya.

DELEGASI Malaysia dan Kemboja merakam kenangan selepas mesyuarat dua hala yang membincangkan kerjasama dalam bidang maklumat, media dan transformasi digital di Bandar Seri Begawan, Brunei, semalam. Foto Kementerian Komunikasi

Pada 20 Jun, Malaysia dan Kemboja memeterai MoU mengenai Kerjasama Pembangunan Informasi dan Media, membuka jalan kepada kerjasama lebih erat dalam pelbagai bidang media dan komunikasi.

MoU itu ditandatangani ad referendum oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan Amida bagi pihak Menteri Penerangan Kemboja Neth Pheaktra.- Bernama

Continue Reading

Previous: ASNB isytihar agihan pendapatan 5.5 sen seunit bagi ASB 3 Didik
Next: Jepun sedia perkukuh kerjasama keselamatan dengan Malaysia – Duta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.