Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia kecam tindakan pelawak Singapura
  • NASIONAL

Malaysia kecam tindakan pelawak Singapura

Utusan Sarawak 2 years ago

KUALA LUMPUR: Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluahkan rasa  kesal dan mengecam tindakan wanita bernama Jocelyn Chia melalui rakaman videonya yang secara jelas memperlekeh Malaysia serta mempersenda tragedi yang pernah melanda negara.

Zambry dalam kenyataan malam tadi berkata, tindakan itu langsung tidak menunjukkan sensitiviti dan empati terhadap rakyat Malaysia serta keluarga mangsa tragedi.

“Video ini juga jelas menggambarkan perilaku yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran negara Asia yang sememangnya terkenal dengan adab dan tatasusila.

“Saya percaya ini bukanlah pendirian atau tindakan yang diterima oleh mana-mana negara, apatah lagi menggambarkan pendirian rasmi mana-mana kerajaan,” katanya. 

Beliau berkata sebarang bentuk tindakan atau cubaan seperti ini diharap dapat dihentikan bagi memastikan rasa hormat pada mana-mana negara terus dipelihara.

Terdahulu tular di media sosial satu klip video memaparkan seorang pelawak wanita dari Singapura memperlekeh Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ yang diadakan di New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Pelawak itu antaranya mengeluarkan kenyataan termasuk jenaka keterlaluan yang menyentuh mengenai kehilangan pesawat Malaysia, MH370 yang dikatakan ‘tidak mendarat’. – Bernama

Continue Reading

Previous: Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 8-14 Jun
Next: Singapura mohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan jenaka jelik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.