PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

Facebook
WhatsApp
PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan persiapan terakhir sebelum pintu pusat mengundi dibuka pada 8 pagi sempena Hari Pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan di SJKC Chung Hua, Rantau hari ini. Foto BERNAMA

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan 859,760 pemilih berdaftar termasuk 7,391 pengundi pos menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat dan menentukan kerajaan negeri untuk penggal akan datang.

Proses pengundian dijadualkan berlangsung hingga 6.00 petang ini, dengan pusat mengundi melibatkan sekolah, balai raya, dewan dan kolej.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 72 hingga 75 peratus pemilih menunaikan tanggungjawab mereka hari ini, manakala keputusan awal dijangka diumumkan seawal 10 malam dan keputusan penuh sebelum tengah malam.

Sebanyak 91.06 peratus atau 14,995 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada 28 Julai lepas, sekali gus melepasi sasaran 90 peratus ditetapkan SPR.

ORANG ramai mula beratur seawal 7.30 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.13 Sikamat di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 hari ini. Foto BERNAMA

Sementara itu, tinjauan Bernama di beberapa lokasi mendapati keadaan cuaca di kebanyakan kawasan adalahbaik pagi ini.

Menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kebanyakan kawasan di tujuh daerah iaitu Seremban, Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Tampin, Port Dickson dan Rembau dijangka cerah dari pagi hingga tengah hari.

Bagaimanapun, pada sebelah petang, kebanyakan kawasan di negeri itu dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

PRN Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN, dengan Pakatan Harapan (PH) bertanding di kesemua kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) (25), Bersatu (24), Perikatan Nasional (PN) (11) dan empat calon Bebas, manakala Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing menampilkan seorang calon.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9. – Bernama

Hidup tidak akan sama

KITA sering berharap agar hari esok menjadi sambungan kepada hari ini. Kita mahu kesihatan yang sama, pekerjaan yang sama, keluarga