Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Malaysia Airlines sambung semula penerbangan terhad ke Doha mulai 2 Julai
  • NASIONAL

Malaysia Airlines sambung semula penerbangan terhad ke Doha mulai 2 Julai

Utusan Sarawak 7 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan terhad ke Doha (DOH) mulai 2 Julai 2026, susulan pembukaan semula ruang udara Qatar kepada syarikat penerbangan antarabangsa serta pemulihan berperingkat operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA), menurut Malaysia Aviation Group Bhd (MAG).

Kumpulan itu berkata penyambungan semula operasi berkenaan susulan pemakluman Notis kepada Juruterbang (NOTAM) oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Qatar (QCAA) bagi kesiapsiagaan operasi, melibatkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara berperingkat melalui koridor penerbangan yang ditetapkan dan diselaraskan oleh pihak berkuasa tersebut.

“Operasi Malaysia Airlines pada peringkat awal dihadkan kepada satu penerbangan harian (MH160/161). Baki kekerapan (MH164/165 dan MH168/169) akan terus digantung sehingga 24 Okt 2026, tertakluk kepada semakan selanjutnya,” kata MAG dalam satu kenyataan hari ini.

Perkhidmatan ke Doha sebelum ini digantung bermula 28 Febuari 2026 susulan penutupan ruang udara yang menjejaskan rantau berkenaan.

MAG berkata syarikat penerbangan itu akan terus memantau rapat keadaan semasa melalui penilaian risiko berterusan serta NOTAM berkaitan sebelum operasi disambung semula sepenuhnya.

Sementara itu, cabang haji dan umrah MAG, Amal by Malaysia Airlines, meneruskan operasi penerbangan ke Jeddah (JED) dan Madinah (MED) seperti dijadualkan bagi memenuhi keperluan musim haji 2026 dengan jumlah keseluruhan 110 penerbangan dalam dua fasa, melibatkan 15,620 jemaah. – Bernama

Continue Reading

Previous: TEGAS raih pengiktirafan BrandLaureate BestBrands 2026
Next: Semakin ramai warga emas 60 tahun ke atas masih bekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.