Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Malaysia Airlines kekal OTP lebih 90 peratus dua bulan berturut-turut
  • BISNES

Malaysia Airlines kekal OTP lebih 90 peratus dua bulan berturut-turut

Utusan Sarawak 4 hours ago
MALAYSIA Airlines mengekalkan prestasi ketepatan masa penerbangan melebihi 90 peratus bagi dua bulan berturut-turut hasil penambahbaikan operasi dan sokongan perkhidmatan darat.

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengekalkan prestasi ketepatan masa penerbangan (OTP) melebihi 90 peratus bagi dua bulan berturut-turut sekali gus mencerminkan pemulihan operasi syarikat penerbangan nasional itu dalam menghadapi persekitaran industri yang semakin kompetitif.

Prestasi berkenaan dicapai sepanjang April lalu selepas syarikat itu turut merekodkan purata OTP melebihi 90 peratus pada Mac, selain konsisten mengatasi sasaran dalaman sebanyak 85 peratus sejak Januari tahun ini.

Malaysia Airlines dalam kenyataan media berkata, pencapaian tersebut didorong pelbagai penambahbaikan operasi termasuk proses menaiki pesawat yang lebih cekap dan pengukuhan sokongan di darat bagi memastikan pengalaman perjalanan lebih lancar kepada penumpang.

Pada masa sama, syarikat penerbangan itu turut merekodkan pertumbuhan trafik penumpang memberangsangkan apabila jumlah penumpang pada Mac meningkat 30 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Momentum tersebut berterusan pada April dengan pertumbuhan trafik sebanyak lapan peratus tahun ke tahun, mencerminkan permintaan perjalanan yang masih stabil di pasaran utama.

Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group, Bryan Foong berkata, tumpuan utama syarikat ketika ini adalah memastikan operasi lebih konsisten selain menyediakan fleksibiliti kepada pelanggan dalam merancang perjalanan.

“Kami memahami penumpang kini berdepan persekitaran perjalanan yang tidak menentu, justeru aspek kebolehpercayaan operasi dan fleksibiliti menjadi antara keutamaan utama pelanggan.

“Fokus kami adalah memastikan operasi berjalan selamat dan stabil di samping memberi sokongan serta pilihan lebih fleksibel kepada pelanggan apabila corak perjalanan terus berubah,” katanya.

Bagi mengukuhkan keyakinan pengguna, Malaysia Airlines turut memperkenalkan kempen ‘Now Boarding’ di beberapa pasaran utama yang menawarkan pelbagai inisiatif bernilai tambah kepada pelanggan.

Antaranya termasuk pakej tambang Flex yang membolehkan pelanggan menukar jadual penerbangan tanpa had tanpa caj tambahan.

Selain itu, syarikat itu turut menawarkan tambang khas kanak-kanak dan pek aktiviti dalam pesawat bagi meningkatkan pengalaman perjalanan keluarga.

Pelanggan yang membuat tempahan secara terus melalui laman sesawang rasmi atau aplikasi mudah alih Malaysia Airlines juga layak menikmati pelbagai manfaat termasuk diskaun lima peratus untuk ahli Enrich, potongan sehingga 15 peratus bersama Maybank dan pulangan tunai sehingga RM150 menerusi UnionPay.

Sementara itu, dalam laporan Airlines 50 2026 oleh Brand Finance, Malaysia Airlines merekodkan pertumbuhan nilai jenama tertinggi dalam kalangan syarikat penerbangan Malaysia.

Nilai jenama syarikat itu meningkat 27 peratus kepada AS$771 juta selain naik empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-41 dunia hasil pemulihan operasi dan tumpuan berterusan terhadap pengalaman premium pelanggan.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam rundingan damai Asia Barat sedang berlangsung
Next: Bursa Malaysia dibuka tinggi didorong minat belian dalam saham wajaran tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.