Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Malam paling istimewa Liverpool – Slot
  • SUKAN

Malam paling istimewa Liverpool – Slot

Utusan Sarawak 3 months ago

Pemain Liverpool, Mohamed Salah meraikan gol kedua ketika menentang Tottenham pada separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris di Anfield, Liverpool. – Foto AFP

LIVERPOOL, England: Meraih tempat ke Wembley pada musim sulung kendaliannya sesuatu yang tidak diduga sama sekali pengurus Liverpool, Arne Slot.

Ketika The Reds masih bersaing dalam empat pertandingan utama, anak buah Slot menempah tiket ke final Piala Liga Inggeris selepas membenam Tottenham 4-0 dan 4-1 secara agregat awal pagi tadi.

Cody Gakpo, Mohamed Salah, Dominik Szoboszlai dan Virgil van Dijk menyumbang gol bagi melengkapkan kemenangan bermakna jurulatih dari Belanda itu selepas mereka tumpas 1-0 di London pada separuh akhir pertama bulan lalu.

Selain ke final, The Reds menikmati kelebihan enam mata di puncak Liga Perdana Inggeris, mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dan berkunjung ke kelab Liga Kejuaraan, Plymouth dalam aksi Piala FA, Ahad ini.

Namun Slot menyatakan meraih tempat ke Wembley menjadikannya malam “paling istimewa” sejak beliau menggantikan Jurgen Klopp sebagai pengendali kelab Merseyside itu hujung musim lalu.

“Saya fikir kami sudah menempuh beberapa malam besar di sini tetapi ya layak ke final sepatutnya sesuatu yang istimewa,” kata bekas bos Feyenoord itu.

“Di Belanda kami hanya ada satu pertandingan piala dan final dimainkan pada hujung musim jadi ia satu pengalaman baharu tetapi sesuatu yang bagus.

“Ia satu stadium istimewa buat rakyat Inggeris tetapi juga buat rakyat Belanda kerana kami tahu sejarah stadium itu dan final juga.

“Terlalu gembira untuk ke sana tetapi kami sedar kami akan berdepan satu lawan yang amat kuat.

“Mereka satu pasukan yang amat bagus tetapi mereka juga akan berdepan satu pasukan yang bagus.” – AFP

Continue Reading

Previous: Man United malang lagi di laman sendiri
Next: Liverpool terlalu hebat buat Spurs – Postecoglou

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.