Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MAKSAK Sarikei santuni pelatih PDK sempena Tahun Baharu Cina
  • WILAYAH

MAKSAK Sarikei santuni pelatih PDK sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 3 months ago

UNTUK ALBUM....Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Sarikei, Rabihah Chik bergambar bersama warga PDK Sarikei.

SARIKEI: Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) 2025 yang bakal tiba membawa sinar kegembiraan buat seramai 53 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sarikei apabila menerima sumbangan bernilai keseluruhan RM2,650 dari Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Wanita Bahagian Sarikei.

Sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM50 setiap seorang ini diserahkan dalam satu majlis ringkas di PDK Sarikei, di sini.

Pengerusi MAKSAK Wanita Bahagian Sarikei, Rabihah Chik, hadir menyampaikan sumbangan tersebut, membawa mesej keprihatinan dan kasih sayang kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan ini merupakan usaha MAKSAK Wanita Bahagian Sarikei untuk memastikan pelatih PDK turut merasai kemeriahan sambutan TBC bersama keluarga masing-masing.

Majlis penyerahan turut dihadiri Penyelia PDK Sarikei, Ching Sai Ling dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Sarikei, Ainur Yazmin Zaini. 

Inisiatif ini jelas membuktikan komitmen MAKSAK Wanita Bahagian Sarikei dalam menyokong komuniti dan memastikan tiada individu yang terpinggir, terutama golongan istimewa seperti pelatih PDK.

Dalam suasana penuh mesra dan kasih sayang, sumbangan ini menjadi lambang keprihatinan masyarakat untuk terus bersatu hati, membantu mereka memerlukan sempena perayaan yang penuh bermakna ini.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Tiga gelanggang futsal siap sepenuhnya
Next: 53 pelatih PDK Sarikei terima sumbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.