Makkah alami fenomena penjajaran bulan di atas Kaabah malam ini

Facebook
WhatsApp

JEDDAH: Makkah bakal menyaksikan penjajaran bulan pertama bagi tahun 2026 pada Sabtu malam, apabila bulan akan kelihatan hampir tepat di atas Kaabah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Ketua Persatuan Astronomi Jeddah Majid Abu Zahra berkata ketika momen penjajaran itu, bulan akan berada pada jarak 374,187 kilometer dari Bumi dengan pencahayaan 91 peratus, bertepatan dengan kedudukannya sejajar dengan gugusan bintang Al-Nathra dalam buruj Cancer.

Fenomena cakerawala ini membolehkan pemerhati di seluruh dunia menentukan arah kiblat dengan tepat hanya dengan melihat ke arah bulan pada waktu ia melintasi meridian Makkah.- Bernama-SPA

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos