Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majukan Sarawak, teras perjuangan GPS
  • TEMPATAN

Majukan Sarawak, teras perjuangan GPS

Utusan Sarawak 5 years ago
DATO’ Sri Fadillah Yusof

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus berjuang untuk memastikan Sarawak bergerak maju sesuai dengan peruntukan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Whip GPS, Dato’ Seri Fadillah Yusof komited parti rakyat tempatan itu akan memperjuangkan hak rakyat Sarawak demi meletakkan negeri ini sebaris sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negeri-negeri lain.

“Saya memberi komitemn bersama dengan kepimpinan GPS terus memperjuangkan hak rakyat Sarawak,” katanya dalam rakaman video sempena sambutan Hari Sarawak, semalam.

Fadillah yang juga Menteri Kanan Infrastruktur – Menteri Kerja Raya mengajak seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang keturunan masing-masing untuk terus bersatu hati membawa Sarawak menjadi sebuah negeri yang lebih maju dan harmoni.

“(Agar) kita dapat duduk bersama bersatu padu dalam memastikan rakyat Sarawak, negeri Sarawak dan Malaysia umumnya akan terus bergerak maju berdaya tahan dalam keadaan makmur,” ujarnya.

Dalam pada itu, berikutan pandemik Covid-19 di Sarawak menampakkan peningkatan, Fadillah menasihati rakyat untuk sentisa peka dan menjaga standard operasi prosedur (SOP) dan menjaga kebersihan.

“Supaya kita berada dalam keadaan sihat dan sejahtera,”ujarnya sambil mengucapkan Selamat Hari Sarawak.

Mengakui Hari Sarawak adalah legasi Allahyarham Tok Nan (Pehin Sri Adenan Satem) yang memperkenalkan sambutan itu pada 2016, Fadillah berkata sambutan itu terus diraikan kini di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Oleh Diyana Samsuddin

Continue Reading

Previous: WhatsApp hotline akan diwujudkan
Next: Dibuka kepada orang awam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.